SOAL JAWAB


Mulakan dengan Bismillah.

*SUMBER DARIPADA: ENCIK MAZELAN ABAS

SOALAN: Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?
Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.

SOALAN: Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?
Harganya sekeping RM80 ( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)

SOALAN: Apakah service provider yang digunakan?
Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom.

SOALAN: Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?
Dari 28 sen panggilan seminit dan 10 sen sekali sms.

SOALAN: Dimanakah boleh top-up prepaid ini?
Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.

SOALAN: Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini?
Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

SOALAN: Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?
Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup

SOALAN: Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?
Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.
Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.

SOALAN: Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?
Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30

SOALAN: Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?
Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

SOALAN: Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?
Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20. 

SOALAN: Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?
Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

SOALAN: Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?
Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil. 

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain. 

SOALAN: Bagaimana cara promosi perniagaan ini?
Terangkan kepada rakan-rakan anda peluang perniagaan ini.

SOALAN: Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Kemalangan ini?Sila rujuk disini.
http://www.tunetalk.com/my/services/insurance
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy
http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq

SOALAN: Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?
Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah didalam member area mereka, dibahagian bank akaun info masukkan maklumat bank anda dan jangan lupa fax kan atau scan borang penyerahan komisyen ini ke 003-9054 0278.
Klik disini untuk mendapatkan borang tersebut.

SOALAN: Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?
Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

SOALAN: Saya pergi kekedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?
Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM80 dan calling ratenya 32 sen seminit dan 15 sen SMS tetapi ada referral program, . kalau promote pada orang lain dapat komisyen. Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati daripada main office di Sri Petaling atau mana-mana service centre yang dilantik oleh Toneexcel. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

SOALAN: Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit?
Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 32sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.

SOALAN: Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?
Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

SOALAN: Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?
Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi kekedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
* Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# - Pilih Option 4 - Services, kemudian Option 3, Favourite 8

SOALAN: Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, hanya di level pertama sahaja.





Cara SMS 1 : Untuk aktif simkad.

Taip ad jarak taip nama penuh jarak taip S/N-8terakhir
 jarak taip No.IC atau no passport jarak taip alamat jarak taip poskod jarak taip noPilihan1 jarak taipnoPilihan2 jarak taip noPilihan3jarak taip idp dan no id penaja anda

dan hantarkan ke 
014-705 7769

Contohnya:
(Ingat ini contoh sahaja)

ad Ali bin Abu 80123445 660519013457 no.3 jalan bukit belacan tmn kunyit 80200 4567 5788 2344 idp213725
_________________________________________________________________Cara SMS 2: Untuk aktif simkad dan kekal no lama sekali.

Taip ad jarak taip nama penuh jarak taip S/N-8terakhir jarak taip No.IC atau no passport jarak taip alamat jarak taip poskod jarak taip LineLama jarak taipNoLama jarak taip idp dan no id penaja anda

dan hantarkan ke 014-705 7769
Contohnya:(Ingat ini contoh sahaja)

ad ros binti orkid 80194321 760732013487 no.5 kampung keduak 77200  maxis 01212345678 idp213725
_________________________________________________________________

Cara SMS 3: Untuk aktif simkad/kekal no lama/bank sekali.


Taip ad jarak taip nama penuh jarak taip S/N-8terakhir jarak taip No.IC atau no passport jarak taip alamat jarak taip poskod jarak taip LineLama jarak taipNoLama jarak taip bank jarak taip noAcc jarak taip idp dan no id penaja anda

dan hantarkan ke 
014-705 7769

Contohnya:
Anda taip seperti dibawah ini:

ad Jebon bin Jamesbond 80174321 300303091234 lot7 jln atas pokok 30299 digi 01687654321 maybank 162587654321 idp213725
_________________________________________________________________


**Peringatan:
 Bila anda sms guna handphone yang lain dahulu, jangan sms menggunakan simkad tunetalk yang baru tu, kerana simkad tersebut belum aktif lagi.

_________________________________________________________________Penerangannya adalah seperti ini.a) ad - adalah Kode Arahan aktif/daftar serentak.

b) Nama penuh : Masukkan nama penuh anda atau pengguna baru.

c) NoSim8Terakhir: 8 no S/N terakhir - Dibelakang simkad tersebut ada no S/N, ambil 8 nombor terakhir.

d) NoIC atau no passport: Masukkan no IC atau no passport

e) Alamat : Alamat sehingga poskod sahaja, tak perlu masukkan bandar dan negeri.

f) noPilihan1: Nanti no tunetalk akan berbentuk seperti ini 010 - XXX XXXX. 4 nombor terakhir kita boleh pilih, jadi anda boleh bagi cadangan 3 nombor 4 digit yang anda minat. Seperti no kereta anda ke, no motor anda ke, tahun anda lahir ke, apa-apa no 4 digit yang anda suka, berikan 3 contoh. Nombor pilihan ini tetap kena berikan walau pun anda ingin mengekalkan nombor lama.

g) LineLama: Jika ingin terus mengekalkan no lama, sila sertakan Line lama anda, contohnya seperti Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade


h) NoLama: Masukkan sekali nombor lama anda.
i) Bank dan No account. Jika anda ingin kami memasukkan maklumat bank anda kedalam sistem ToneExcel, anda boleh masukkan sekali nama bank dan nombor akaunnya sekali.

j) idp-adalah ID Penaja anda: Pastikan anda taip idp dahulu dan selepas itu masukkan id penaja anda. Jangan sesekali silap memasukkan id penaja ini, kerana jika tersilap maka ia akan masuk di bawah orang lain, dan kesilapan ini tidak dapat diubah atau dibetulkan lagi. Jangan silap id penaja, jangan silap id penaja,  jangan silap id penaja. 
Ingat Penaja anda: idp213725 namanya adalah MOHD YUSOF  jika penaja anda orang lain, sila masukkan ID dia yang betul.
_______________________________________________________________________
Tambahan:

1. Sekiranya SETELAH anda membuat pendaftaran secara Ad, tetapi ketika itu anda tidak mahu kekalkan no lama, anda boleh buat kemudian pengekalan nombor lama menggunakan kod dibawah ini.
pt  NamaPenuh   NoSimkad8Terakhir   NoIC   Alamat  LineLama  NoLama

hantar ke 014-705 7769

2. 
Sekiranya SETELAH anda membuat pendaftaran secara Ad, tetapi ketika itu anda tidak memasukkan maklumat bank, andaa boleh buat kemudian dengan menggunakan kod dibawah ini.bn   NamaPenuh   NoIC   NoID   Bank  NoAccount

hantar ke 
014-705 7769

_______________________________________________________________________** Peringatan:

1. Ingat, dua perkara yang langsung anda tidak boleh buat silap iaitu 8 no simkad terakhir dan ID penaja. Jika tersilap no simkad, anda kena ganti RM80, jika tersilap IDP penaja, ia tidak akan boleh diubah lagi, jawapnya ia jadi downline orang lain.


2. Selepas anda buat SMS tu, tunggu lebih kurang 1 jam sehingga anda dapat reply dan apabila mendapat message berjaya sila tanggalkan simkad tersebut, masukkan kedalam handphone dan buat satu SMS ke mana-mana handphone yang lain.Pastikan anda buat satu SMS. Jika tidak, upline anda tidak akan mendapat komisyen RM20 dan simkad anda akan expired selepas 14 hari. Kalau kad expired, maknanya kad tersebut dah tak boleh guna lagi, rugi RM80 je.
3. Selepas pendaftaran anda berjaya, anda sebenarnya sudah mempunyai web office anda sendiri, kalau nak tahu maklumat downline anda, jumlah komisyen anda dan macam2 lagi.

Untuk masuk kedalam web office anda, login ke www.toneexcel.com
Username: Adalah IC anda, tanpa jarak
Password : 1234 (Itu adalah password sementara, anda boleh ubah kemudian)

4. Kepada sesiapa yang mengekalkan no lama, proses ini mengambil masa paling lama adalah 48 jam untuk pertukaran no ke simkad toneexcel, paling cepat saya pernah jumpa adalah 2 jam. Tetapi jika selepas 48 jam, nombor masih belum bertukar, ini bermakna permohonan anda telah ditolak oleh pihak telco lama anda. Biasanya disebabkan no lama itu bukan didaftarkan dengan IC anda.

5. Terlalu ramai orang yang menyertai bisnes ini terlupa nak masukkan maklumat bank kedalam toneexcel, menyebabkan mereka tidak dapat menerima komisyen/bonus. Jika anda ingin update maklumat bank anda sendiri, anda boleh masuk kedalam web office anda sendiri, dan klik di "Bank Info"


__________________________________________________________________________
** Peringatan untuk mengekalkan no lama:
Jika anda ingin mengekalkan no lama, ini ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

1) Pastikan kredit sudah dihabiskan dahulu, tinggalkan lebih kurang seringgit (RM1) sahaja. Jika tidak bila anda buat port in, semua kredit yang ada pada simkad lama akan hilang.

2) Save kan dahulu no handphone yang ada pada simkad lama tersbt pada handphone anda, jika tidak selepas port in, semua no phone yang ada pada simkad tersebut akan hilang.

3) Sekiranya ada menggunakan talian Celcom dan aktif menggunakan online banking seperti Maybank2u, CIMB Clicks, dll, saya cadangkan anda jangan buat port in, kerana setakat in no port in Celcom masih belum dapat menerima TAC number.

4) Ada juga yang beritahu saya selepas mereka membuat port in, mereka tidak dapat menerima TAC Number dari ebanking seperti Maybank2u, CIMB click dll. Untuk menyelesaikan perkara ini, saya cadangkan ada pergi ke ATM mechine, tukarkan no phone penerima TAC tersebut kepada no lain, keluarkan ATM kad anda dan masukkan semula ATM kad tersebut dan tukarkan lagi sekali no phone TAC tadi kepada no asal. Ini macam aktivity reset sahaja, dan dengan cara itu setakat ini saya sendiri boleh menerima TAC tersebut ke dalam no hp port in saya. Teknik ini boleh digunakan untuk semua talian atau telco yang lain kecuali Celcom sahaja.



Creadit to Encik Mazelan Abas (http://toneexcel.biz)